LINK

106 : Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain

Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas daripada kepungan
Jalan raya Darial Gorge, Georgia. Tembok Zulkarnain sudah dihancurkan.
Zulkarnain mengurung Yakjuj dan Makjuj di sebalik tembok
Laluan sempit yang menjadi laluan Yakjuj dan Makjuj ke selatan
Bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal di kawasan pergunungan Caucasus

Secara umumnya, antara ciri-ciri Zulkarnain ialah bertanduk dua. 

Iskandar Agung mempunyai lakaran
pada wang syiling zamannya digambarkan bertanduk dua
 

Di makam Kurush ada satu binaan menunjukkan Kurush bertanduk dua.
Ini hanya gambaran lakaran, bukan bermaksud mrk bertanduk

Perjalanan dari Barat ke Timur
Penaklukan Iskandar Agung bermula di Greece menyatukan semua negara kota Yunani, hingga merentas Mediterranean ke Asia Tengah hingga ke benua India. Begitu juga dgn sejarah penaklukan Kurush drp Turki di Barat hingga ke India di timur.

Perjalanan ke Utara dan Yakjuj wal Makjuj
Perjalanan ke utara merujuk ekspedisi ketenteraan oleh Zulkarnain sehingga bertemu bangsa yang merayu pembelaan daripada kekejaman Yakjuj wal Makjuj.





Menurut pengkaji sejarah purba dan sejarawan kini, Gog Magog dalam kitab samawi merujuk kepada kaum Saka / Sace / Sacae / Scythians, iaitu persekutuan kaum gasar yg menetap di utara kawasan pergunungan Kaukasus. 

Cyrus dalam kempen ketenteraannya telah beberapa kali telibat dalam pertempuran dengan suku kaum Saka di di Kaspia; pesisiran Laut Hitam. Yakjuj menguasai wilayah Utara dan Timur Laut Hitam, dan Makjuj di kawasan Utara Caucasia berhampiran Laut Kaspia.

Air berlumpur
Hal ini merujuk kepada Black Sea (Laut Hitam) atau pun Laut Kaspia (Caspian Sea). Kempen ketenteraan Iskandar ada menghampiri Laut Hitam menerusi kempennya berhampiran Laut Aegean. Manakala Cyrus pernah sampai ke Laut Kaspia dan pesisiran Laut Hitam dlm perluasan wilayahnya.

Dinding penghalang
Tembok zulkarnain telah dibina bagi menghalang Yakjuj dan Makjuj. Menurut sejarawan Barat dan Islam, ada salah 1 daripada 3 tembok pertahanan purba yang berkemungkinan dibina Zulkarnain. Tembok itu ialah Tembok besar Gorgan, Tembok Derbent / Kaspia dan Laluan Daryal.





Tembok besar Gorgan dibina pada zaman dinasti Parsi bermula di Kaspia hingga ke pergunungan Pishkamar di utara Iran. Ia turut dikenali sebagai Tembok Pertahanan Gorgan / Tembok Penghalang Anushirwan / Tembok Penghalang Firuz / Qazal Al'an malah turut dikenali sebagai Sadd-i-Iskandar (tembok Iskandar).

Tidak dapat dipasti bila tembok itu dibina, tetapi dipercayai ketika zaman Parsi purba dandibaik pulih oleh Empayar Parsi Sassanid.


Tembok Derbend bermula dari laut Kaspia hingga pergunungan Kaukasus terletak di Republik Dagestan berhampiran Azerbaijan. Dipercayai dibina waktu zaman Parsi Sassanid. Namun teks Parsi ada menyatakan binaan lama yang ditambah dan dibaikpulih pada zaman empayar Parsi Sassanid.

Laluan / Lorong Daryal terletak di pergunungan Kaukasus. Satu-satunya laluan melepasi pergunungan Kaukasus dan dipercayai menjadi laluan utama kaum gasar Scythians yang turun dari pergunungan melakukan serangan demi serangan pada ketamadunan purba. Ada dikesan bekas kota pertahanan purba yang dipercayai bermula dari zaman Parsi purba. Nama Laluan Daryal berasal daripada perkataan Parsi iaitu Dar-e-Alan.

Dalam catatan Parsi kuno, sekurang-kurangnya ada 3 tembok yang dibina bagi menghalang kaum gasar mengancam peradaban tamadun manusia di utara Parsi dan kawasan Levant. Tembok Besar Derbend dan Tembok Besar Gorgan berkemungkinan pembaikpulihan tembok purba pertahanan Parsi pada zaman Parsi Sassanid. sekurang-kurangnya beratus tahun setelah Empayar Parsi Parthia dan Empayar Parsi Achaemenid.

Kini, ramai sejarawan mula menuding jari pada laluan Dar-e-Alan, yang mempunyai kesan-kesan kemusnahan tembok serta kota pertahanan purba yang berkemungkinan berlanjutan darr zaman Parsi Achaemenid, Kurush yang Agung (Cyrus the Great). Kaum gasar Scythia seringkali menjdkan laluan Daryal untuk menyerang peradaban lama manusia di wilayah Parsi hingga ke Levant dari semasa ke semasa sebelum berundur ke wilayah mereka di utara pergunungan Kaukasus.

1 ulasan:

  1. kaum asal eropah ialah yakjuj makjuj ( Slavic & germanic (teutonic) iaitu 2 kumpulan Eropah timur dan barat, Tembok Dzulqarnain mula berlubang waktu zaman nabi SAW tetapi tertutup kembali atas cairan tembaga yg dipanaskan oleh besi panas didalam tembok masih berhaba /berapi sejak dibakar oleh Dzulqarnain sebelum dituang tembaga cair. Tembok mula tidak tertutup bila ditebuk apabila sebahagian kaum yakjuj / & makjuj mula memasuki Islam, iaitu zaman Umar RA, apabila Islam mula sampai di Kaukasus utara, adan lama kelamaan , samaada terus ditebuk adan juga hakisan sehingga hancur keparas bumi sebagaimanan Dzulqarnain kata (di dalam Al-Quran) ini memakan masa mungkin 2-3 ratus tahun etc, sebab keluar pertama kalinya Yakjuj Makjuj ialah pada Perang Salib 1. iaitu Islam nya sebahagian penduduk kaukasus Utara (Bangsa Eropah)ialah dlam tahun atau sekitar 700 masehi dan pencerobohan salib bermula 1099 masehi. menrut satu hadis nabi SAW-yg awal melalui tasik tebiria adn minum air disitu dan yg terakhir mereka datang dan berkata dulu di sini ada air... (tasik Tebiria, palistine / Israel -sekarang) iaitu yang awal gerombolan mereka datang melalui tasik Tebiria (pasukan salib I) sila lihat sejarah perjalanan mereka. Dan yg akhir setelah dajjal mati , mereka ingin menyerang org Islam dan nabi Isa dan melalui jalan yg sma dan melalui tasik tebiria ,dan mmennujukkan masa di waktu tasik itu telah kering sebagaimana di zaman dajjal keluar zahirkan dirinya sebagai manusian tasik itu sudah kering, Sifat mereka pembawa kerosakan spritual, mental--isme, culture , cara hidup dan pencerobohan, kemusnahan alam sekitar, makanan, penjajahan, hak asasi, aparthied, fasisme, democartisme, communism, darwisnsm, rock, pop, rap, thrash, nudism, porno, music, fesyen, education sysytem, all life systems, furnitures, leisure faire, atomic bomb, secularism, atheism, sport bussiness, waste, global warming, toxic gases, dangerous, chemical industies dan boleh disambung dan sambung dan lihat dari setiap sudut yag mana seluruh manusai di setiap pelusuk dunia sudah mengikuti tak kira di timur jauh dan pendalaman Afrika, semua dah jadi macam mereka dari setiap segi-pakaian, ideologi, pendidikan ,music Eetc........, kecuali org yg beriman dan mengikuti Sunnah Nabi SAW akan terasing (dagang) sebagaimana 1000 org 1 adalah sahabat nabi / org Islam yg sebenar(walaupun mereka bangsa Y & M-tetapi beriman dan selebihnya 999 adalah Y & M / dan copy cat mereka. Wallahualam, Semoga Allah selamat kita semua dari menjadi sebahagian dari mereka Y & M.

    BalasPadam